You are currently viewing 5 Best Tips Untuk Handle Stress

5 Best Tips Untuk Handle Stress

Masa sekarang ni kan, macam-macam penanda aras diwujudkan kiri dan kanan kita.

 

Tak kisahlah kau siapa.

 

 

Anak tak skor kat sekolah kau kena.
Bila anak pandai terlebih pun kau kena tau?

 

 

Kau mengandung tak kena.
Kau tak mengandung-ngandung pun tak puas hati gak.

 

 

Anak sekolah private tak kena.
Anak sekolah kerajaan pun tak kena.

 

 

Secara tak langsung kita ni menghadapi satu satu penanda aras baru setiap hari.
Dan penanda aras yang kita/society kita cipta ni biasanya kita tak perasan pun ia menimbulkan STRESS!!

 

 

Kebanyakan orang terima je. Redha.
Tapi sedar tak sedar kita mengumpul semua beban tu sampai jadi OVERSTRESSED!

 

 

Ni kakak nak pesan. Adik usah stress ya.

 

 

 

 

1. Kita tak boleh menenangkan ribut taufan.
Jadi berhentilah mencuba puaskah hati semua pihak.
Apa yang kita boleh buat ialah TENANGkan diri sendiri.
Lama-lama depa senyap.
Abaikan. Zikir banyak-banyak hehehe…
Kalau biras kau jenis suka banding-bandingkan anak-anak, kau pakai earphone buat tak dengar haha…

 

 

2. Bila muncul benda-benda negatif ni, DIAMkan saja.
Lebih kau diam, lebih aman hidup kau.
Apa korang ingat takde orang bising anak-anak akak tak pi sekolah? Awat depa homeschool la. Apa la.
Tapi kami laki bini diamkan saja.
Teruskan hidup.
Perbaiki hari demi hari.
Lama-lama eh ada pulak orang minta tips macam mana nak homeschool anak hehe..

 

 

3. SYUKURI apa yang dilalui setiap hari.
Walau sekecil-kecil benda seperti; eh laki aku makan masakan aku 3 pinggan malam tadi.
Eh anak mama dah pandai baca iftitah la.
Bila kita sibuk mencari benda-benda yang kita nak hargai setiap hari, kita lupa kat benda-benda luar kawalan kita.
Tak percaya? Cuba lekas.
Setiap pagi kena KONGSIKAN 3 benda paling disyukuri.
Cakap pada suami/anak. Ulang benda yang sama setiap hari.
Tengok kesan dia selepas 3 hari 🙂

 

 

4. Sentiasa SANGKA BAIK pada Allah.
Semua benda buruk yang kita lalui ni, tidaklah sia-sia.
Allah sentiasa nak beri yang lebih baik.
Macam mana kita hadapi ujian,
Macam tu lah hasilnya.
Maksud akak, kalau kita tak puas hati anak belajar tak pandai.
Kita stress dan ngamuk-ngamuk kat dia,
Kita paksa dia ulangkaji lebih teruk lagi.
Sudahnya anak kita lebih-lebih turun prestasinya.
Sudahnya kita benci anak kita.

 

 

Tapi bila kita hadapi dengan syukur,
Situasi akan jadi sebaliknya.
Hari-hari kita puji dan peluk dia.
Sebab dia masih sihat, bernafas, aktif, tak cacat, berlari-lari depan mata kita.
Anak kita pun rasa mama makin sayang dia, sudahnya dia sendiri jadi rasa bersalah jika belajar main-main di sekolah.
Hasilnya?
Mesti berbeza kan?

 

 

TAPI MASALAHNYA KAK, MACAM MANA NAK HANDLE STRESS DAN PRESSURE NI?

 

 

ok mai kak cerita;

 

 

 

 

5. Tarik nafas dalam-dalam.
Fokus kepada keadaan kau pada masa ni.
Tengok tangan – eh tangan aku boleh gerak macam biasa.
Tengok hujung jari kaki. Terima kasih kaki, dah 38 tahun kau masih kuat berkhidmat pada aku.
Tengok cermin, tepuk bahu sendiri,
Syabas ena (sebut nama sendiri) kau dah melalui banyak ujian dan masih kau kuat!

 

 

Ok sekarang tumpukan perhatian pada cara nak selesaikan masalah kau.
Lupakan apa masalah tu masalah.
Bincangkan jalan penyelesaian saja.
Iya, bincangkan.
Bincangkan dengan diri sendiri.
.
Bila dapat idea, terus tulis.
Tak dapat-dapat idea? Doalah. Minta Allah bantu.
Yakin. Semua ni mesti ada jalan penyelesaian.

 

 

Cukup dengan 5 tips ini?
InshaAllah 5 langkah ni pun dah boleh bagi korang less stress automatik dalam 24 jam tau.

 

 

Amalkan benda ni setiap hari.
Sedar tak sedar kita telah berjaya kawal stress.
BONUS dia,
Setiap hari kau akan rasa lebih bahagia tau!
Sebab apa?
Sebab setiap hari asyik nampak benda best je dalam kehidupan kita.
Inilah rahsia akak uruskan anak-anak, bisnes dan pekerja tapi kekal ceria 🙂

 

 

Sekarang, sila share kepada kawan-kawan yang nampak stress setiap hari.
Mana tahu usaha kecil kita menyumbang bahagia pada dia

 

 

Allah sayang kita.

 

 

#kakenatulis
#founderhimayya