You are currently viewing Founder Himayya – Business Journal

Founder Himayya – Business Journal

Dalam banyak bisnes yang kak Ena terlibat sejak sekolah rendah,

MKJ aka Mama Kids Junction ini adalah bisnes pertama yang buat akak jadi banyak duit haha…

Bisnes ni yang mampu bayar gaji lebih banyak dari masa akak kerja pegawai kerajaan dulu.

Bisnes ni juga buat akak mampu tampung keperluan seluruh keluarga anak beranak.

Bisnes ni capai tahap boleh pecat majikan Yang Dipertuan Suami

Bisnes ni juga yang pertama kami sewa kedai sendiri.

Urus bisnes sendiri.

Buat duit dan rekrut staf sendiri.

 

MKJ akak bina dengan sepenuh hati.

Sebab ia adalah minat akak.

Memang suka sangat dengan gajet baby and kids.

Tak puas-puas tengok new gajet nak bawa masuk pasaran Malaysia.

 

Kalau cerita bab emosi,

akak memang sayang gila pada bisnes MKJ ni.

Susah senang,

Dari seorang mama yang stress jaga anak kat rumah,

Sampai jadi usahawan online,

Sampai ada ribuan customer

Sampai boleh bina database pelanggan

Sampai ada ratusan ejen..

Sampai ada banyak duit weihhhh…

Hmmm….

Gila tak sayang?

 

Tapi

Kenapa akak decide tutup MKJ demi Himayya?

Oh ya

The best part is,

MKJ ni kami tutup bukan sebab dia rugi atau dia tak untung.

Bukan sikit pun salah MKJ.

Semata-mata sebab kami alih fokus kami kepada Himayya.

Apa special Himayya ni sampai kak ena tutup kedai baby MKJ?

 

Kak Ena dalam mood nak menulis balik jurnal bisnes kak ena.

Macam mana akak bina sampai akak sendiri yang tutup dia.

Kenapa akak beralih arah dan apa yang buat akak alih arah?

Berbaloi ke akak ketepikan minat akak demi Himayya ni?

 

Nak tanya ni.

Patut ke kak ena tulis story ni kat blog?

Ke tulis untuk bacaan sendiri je?

Kalian nak baca ke story perjalanan bisnes kak ena ni?

#mybusinessjournal #enahimayya #himayyastory