You are currently viewing Himayya Charity Walk 2019

Himayya Charity Walk 2019

Alhamdulillah setelah selesai semua urusan semalam kami tersenyum lebar 30cm

 

Berjaya juga kami melaksanakan amanah daripada hamba Allah yang menyumbang,semoga dengan apa yang kalian sumbangkan diberi ganjaran yang besar suatu hari nanti.

Kami juga terinspirasi dengan Kak Lin #teamejenhimayya kerana beliau selalu buat aktiviti charity macam ni untuk membantu mereka yang memerlukan.Terima kasih sebab sudi menjemput #teamhimayya untuk join activity ni dan sama-sama merasai situasi sebenar yg selalu kita tengok dalam tv je,tetapi kali ni kita sendiri yang turun padang untuk sama-sama menyumbang.

Walaupun ada sesetengah orang yg beranggapan kalau jadi ejen,stokis,tukang sapu atau hanya kerani pejabat tak memberi hasil lumayan,tetapi Kak Lin berjaya buktikan yg menjadi ejen pun mampu berjaya buat side income lebih sampai boleh berkongsi dengan org lain.

 

Ingat!kadang2 Allah tumpangkan rezeki orang lain dlm dompet kita,account bank kita atau dapur kita sbb mungkin mereka tak mampu manage rezeki mereka mcm kita, jadi bila kita ada rezeki lebih kita kongsikan supaya mereka dapat rasa apa yg sepatutnya dia rasa.

Apapun terima kasih kepada Kak Lin,Kak Jihan,Pn Ena(puan boss) & En.Firdaus(tuan boss)kerana beri peluang emas macam ni utk #teamhimayya merasai peluang2 begini.

Semoga di masa akan datang,semua #teamhimayya dan #ejenhimayya dapat turun padang untuk melaksanakan aktiviti2 mcm ni lagi agar bantuan yg kita hulurkan dapat meringankan beban mereka. -The more you give,the more you will get-